Khamis, 2 November 2023

Konflik Palestin

Konflik Palestin-Israel telah meragut berpuluh ribu nyawa dan menyebabkan berjuta orang penduduk kehilangan tempat tinggal. Menurut rencana al-Jazeera pada 9 Oktober 2023 berjudul, "What's the Israeli-Palestinian conflict about? A simple guide" lagi, konflik Palestin-Israel ini berpunca dari tindakan penjajahan yang berlaku ke atas rantau tersebut lebih satu abad yang lalu.

Apabila Israel mengisytiharkan peperangan ke atas Genting Gaza selepas serangan mengejut oleh Hamas, kelompok bersenjata Palestin pada hari 7 Oktober 2023, dunia mula kembali memberikan perhatian kepada kejadian-kejadian yang seterusnya di situ. 

Ahad, 29 November 2020

Tamadun Mesir Purba

 

Mesir purba adalah satu tamadun yang wujud di Afrika Utara bertumpu sepanjang kawasan hilir Sungai Nil di negara moden yang kini dikenali sebagai Republik Arab Mesir. Tamadun purba ini diikuti oleh Mesir pra-sejarah dan digabungkan sekitar 3100 SM mengikut kronologi Egypt yang biasa digunakan. Penyatuan politik yang menyatukan Hulu dan Hilir Mesir berlaku semasa zaman baginda Menes yang selalu dikenali sebagai Narmer. Sejarah Mesir purba berlaku sebagai satu siri kerajaan yang stabil yang dipisahkan oleh zaman pertengahan yang tidak stabil bermula dari Kerajaan Lama, Zaman Gangsa Awal, Kerajaan Pertengahan Zaman Kerajaan Gangsa Pertengahan dan Kerajaan Baru Zaman Gangsa Lewat.

Kredit Gambar: Egypt Guide

Selasa, 28 Julai 2020

Tamadun Mesopotamia


Tamadun ini sangat jarang dibincangkan orang berbanding dengan tamadun Yunani dan tamadun Romawi. Kisah permulaan penulisan, ilmu falak dan perundangan. Sebenarnya kisah mengenai permulaan tamadun itu sendiri bermula di satu tempat. Ia tidak bermula di Mesir, Yunani atau Roma. Tetapi ia bermula di Mesopotamia.

Mesopotamia adalah rujukan Yunani yang merujuk kepada rantau yang sangat subur terletak di antara lembangan Sungai Tigris dan Sungai Furat. Selama lima ribu tahun, cebisan tanah kecil yang terletak di dalam Iraq, Kuwait dan Syria pada zaman moden menjadi pusat penciptaan teknologi yang kemudiannya merubah dunia selama-lamanya. Tamadun ini dihuni selama hampir 12,000 tahun, iklimnya yang stabil, tanah yang subur dan pengaliran sungai yang baik menjadikannya sebagai tempat sesuai untuk kegiatan pertanian, penternakan haiwan dan perikanan.

Isnin, 15 Jun 2015

Bumps

Isi dengan maklumat penting lain. Jangan membazirkan ruangan.

Rabu, 7 Januari 2015

Unsur-Unsur dalam Rancangan Pengkajian


Terjemahan bahan aku untuk kegunaan tesis master aku dari 2010-2013. Tesis aku berjudul Religious Rights in Europe: Muslim in Britain as a Case Study. Komen aku, membuat tesis sangat susah. Itu sahaja.

Pengenalan: Kerangka Kerja Teori
Pernyataan Masalah
Tujuan Pengkajian
Penilaian Sastera
Persoalan dan Hipotesis
Design: Kaedah dan Prosedur
Pengehadan dan Ketidakpengehadan
Signifikasi Kajian
Rujukan
Lampiran
Rujukan: Frank Pajares


Yang Benar

W. Muhammad Tan'im W. Tajuddin

Gambar: Perpustakaan Old Dominion University

Isnin, 27 Oktober 2014

Mazhab-Mazhab Fekah Sunni


Di bahagian Ahl Sunnah wal Jama'ah, sebenarnya terdapat sembilan mazhab fekah. Mazhab-mazhab fekah ini muncul sejak zaman tabi'in sehingga ke zaman khalaf.

Mazhab Fekah yang Pupus

Empat daripadanya sudah pupus kerana kekurangan karya akademik serta tidak berpengikut:
Mazhab Fekah yang Kekal

Selepas daripada itu, lima yang utama diikuti oleh kebanyakan Muslim pada hari ini adalah:
  • Hanafi
  • Maliki
  • Syafie
  • Hanbali
  • Zahiri     

Ahad, 26 Oktober 2014

Saat



Teringat pula zaman semasa di madrasah, menyesal tidak bertekad untuk habiskan saja sijil Quran dan Sunnah walaupun kami dianaktirikan selepas penyerapan ke sistem "agama rakyat".