Ilmu Hisab dan Ilmu Falak

Walaupun sering berperang, namun inovasi dan kemajuan masih lagi menjadi teras kepada tamadun purba ini. Mereka membina monumen agung dari istana sehinggalah ke tempat pemujaan seperti ziggurat. Ziggurat menjadi tapak mereka menjalankan pemujaan terhadap dewata. Selain itu, mereka mengembangkan lagi ilmu hisab termasuklah sistem dasar 60 yang mencetuskan kiraan 60 saat dalam seminit, 60 minit dalam sejam dan bulatan 360 darjah.

Sistem ilmu hisab mereka yang maju itu kemudian diterapkan dalam kajian falak dan nujum bintang. Mereka membahagikan setahun di muka bumi kepada 12 bahagian. Setiap satu bahagian itu dinamakan dengan salah satu buruj terkenal yang dicerap di langit. Tradisi ini kemudian turut digunakan oleh orang Yunani dan orang Hindu untuk mencetuskan zodiak.

  • Nisannu Aries
  • Ajaru Taurus
  • Simanu Gemini
  • Du'uzu Cancer
  • Abu Leo
  • Ululu Virgo
  • Tasritu Libra
  • Arahsamna Scorpio
  • Kislimu Sagittarius
  • Tebetu Capricorn
  • Sabatu Aquarius
  • Addaru Pisces

Mereka turut membahagikan satu minggu menjadi tujuh hari. Setiap sehari itu dinamakan sempena nama dewa-dewa mereka yang diwakili oleh bintang-bintang yang kelihatan di langit iaitu:

  • Marduk Jupiter
  • Ninurta Saturn
  • Nergal Marikh
  • Inanna Venus
  • Nabu Merkuri
  • Nanna-Suen Bulan
  • Utu Matahari