Mazhab Tawri

Mazhab fekah ini wujud sekejap saja. Pengasasnya adalah Sufyan al-Tawri, seorang ulama abad ke-8 M, fakih, dan pengumpul hadis.

Selepas al-Tawri berpindah ke kota Basra, usul fekah beliau mula menjadi rapat dengan usul fekah penduduk dalam pemerintahan bani Umayyah dan al-Awza'i. Beliau dilaporkan menganggap jihad bentuk peperangan sebagai satu kewajipan untuk mempertahankan diri sekiranya diserang.

Beliau menghabiskan sisa hidupnya bersembunyi selepas bertelingkah dengan khalifah bani Abbasiah, Muhammad bin Mansur al-Mahdi. Selepas kematiannya, mazhab ini diambil alih oleh penuntut-penuntutnya, termasuklah yang terkenal seperti Yahya al-Qattan.

Namun, mazhab ini tidak bertahan lama. Walau bagaimanapun, usul fekah beliau, terutamanya sanad hadis beliau dipandang tinggi oleh penganut Islam serta mempengaruhi semua mazhab fekah yang utama.

Sufyan al-Tawri

Nama penuh beliau, Sufyan al-Tawri bin Sa'id yang hidup sekitar 716-788 M. Beliau ialah pengasas mazhab ini, seorang ulama zaman tabi'in, fakih, hafiz dan salah seorang daripada lapan orang zahid terkenal. Beliau turut mengumpulkan hadis.

Kehidupan

Beliau lahir di kota Kufah dan semasa remajanya menyokong kelompok Syiah Ali menentang pemerintahan khalifah bani Umayyah yang sedang menghadapi kehancuran.

Menjelang 784 M, beliau berpindah ke kota Basrah, "di situ beliau bertemu dengan Abdallah b. Awn dan Ayyub al-Sakhtiyani. Beliau kemudian meninggalkan fahaman Syiahnya. Diceritakan bahawa pemerintah bani Umayyah pernah memberi tawaran kepadanya untuk mengisi jawatan-jawatan tinggi namun beliau sentiasa menolak. Beliau turut menolak untuk memberi nasihat dari segi akhlak dan agama kepada para khalifah. Ketika ditanya sebab, beliau menjawab, "Apabila laut melimpah, siapa yang mampu mengempanginya?"

Beliau turut memperingati seorang sahabatnya, "Berhati-hati dengan pemerintah dan berhati-hati ketika berhubung serta duduk bersama dengan mereka. Jangan tertipu dengan dakwaan kononnya bersekongkol dengan mereka itu, boleh menghapuskan ketidakadilan. Semua hal ini hanyalah tipu daya syaitan belaka. Ia menjadi batu loncatan untuk para qurra' jahat untuk menaikkan diri serta kepentingan mereka sendiri".

Karya-Karya
  • Tafsir Kitab Suci Quran, genre terawal.
  • Tafsir Tabari turut memetik banyak hal dari tafsir Tawri.
  • Pemeliharaan kitab-kitab tokoh fekah zaman bani Umayyah sebelum beliau.

Rujukan

Klik di sini untuk melihat.