Mazhab Laythi

Pengasas

Al-Layth Ibn Sa'd Ibn 'Abdur-Rahmaan bin 'Uqba al-Fahmi merupakan eponim, pengasas dan wakil bagi mazhab fekah ini. Beliau menerima gelaran hafiz disebabkan menghafal kira-kira 100,000 hadis, seorang syeikh, fakih dan juga ulama sekitar abad ke-8 di Mesir.

Beliau meninggal pada hari Jumaat di kota Qaherah 15 Sya'aban 175 H. Pengebumian beliau dihadiri oleh ramai orang.

Kehidupan Awal

Beliau lahir pada Syaaban 94 H di Qarqashandah, sebuah kampung yang letaknya 22 km dari Fustat di Mesir. Namun, keturunan asal beliau datang dari kota Isfahan di empayar Parsi (Iran moden).

Beliau mula mengaji agama dari usia kecil lagi. Guru-guru beliau adalah antara guru-guru terkenal di Mesir pada ketika itu seperti:
  • 'Ubaydullaah Ibn Ja'far
  • Ja'far Ibn Rabī'ah
  • Al-Hārith Ibn Yazīd
  • Yazīd Ibn Abi Habīb. 
Guru-guru ini semua mengesahkan kecerdasan dan kecemerlangan beliau. Beliau sangat bersemangat untuk mengaji dan berasa bahawa Mesir masih belum menguatkan ilmu hadis beliau. Beliau pun mengembara ke Hejaz dan berhaji di situ sebelum memulakan pengajian lanjutan di situ ketika berusia 20 tahun.

Kembara Mencari Ilmu

Semasa tinggal sebentar di Mekah dan Madinah, al-Layth belajar dari sekelompok ulama fekah dan hadis yang khusus, termasuklah Ibnu Shihāb az-Zuhari yang terkenal sebagai hafiz berilmu dan merupakan salah seorang ulama terawal yang mencatit hadis.

Guru-guru beliau yang lain di Hejaz adalah seperti:
  • Atā' Ibn Abi Rabāh, mufti dan fakih kota suci Mekah.
  • Ibn Abi Malīkah.
  • Nāfi' ad-Daylami, bekas hamba yang dibebaskan oleh sahabat nabi yang terkenal, Abdullah Ibn Umar Ibn al-Khattāb.
  • Sa'īd Ibn Sa'īd Al-Maqbari.
  • Abu Az-Zubayr Al-Makki.
Beliau terus menghadiri kursus-kursus dan belajar sehingga melepasi tahap seorang ulama dan ilmuwan. Beliau kemudian ke kota Baghdad untuk mengajar pada 161 H, ketika berusia 65 tahun. Semasa tinggal di Baghdad, beliau bertanya tentang rumah ulama hadis terkenal, Hushaym Ibn Bashīr. Beliau meminta tokoh tersebut menghantar sedikit kitab-kitab tulisannya untuk dipelajari.

Beliau terkenal sebagai fakih yang cerdas dan perawi hadis yang amanah. Beliau mengajar di masjidnya. Kemudian pelajar di seluruh dunia pun berguru hadis dengannya. Jadual mengajarnya dipecah kepada empat sesi sehari:
  • Perbincangan mengenai amalan-amalan Sultan Mesir. Beliau dipandang penuh hormat oleh khalifah bani Abbasiah sehingga ke tahap amirul mukminin akan memakzulkan Sultan Mesir dan Qadhi Mesir jika mereka membuat kesilapan pada hukum.
  • Mengajar hadis nabawi.
  • Menjawab kemusykilan agama orang awam.
  • Memberi kebaktian untuk mereka yang miskin dan fakir. Tokoh ini suka memberi dana bakti. 
Petikan Kata-Kata al-Laythi Terkenal

Dilaporkan bahawa al-Laythi bin Sa'd pernah berkata:
"Walaupun aku melihat seorang ahli bidaah berjalan atas air, tidaklah aku terima akan dia".
Dilaporkan Abu Idris Syafi'ie memberi maklumbalas kepada kenyataan tersebut:
"Dia tidak pergi jauh pun. Aku pun jika melihat seseorang itu berjalan di udara, tidak akan aku terima dia".
Pujian oleh Ulama Lain

Al-'Alā Ibn Katīr dipetik sebagai berkata:
"Al-Laythi bin Sa'd itu adalah tuan kita, imam dan ulama".
Ahmad bin Hanbal memberi kenyataan bahawa:
"Al-Laythi jelas sekali berilmu pengetahuan dan riwayat hadis beliau adalah yang sejati".
Abu Idris Syafi'ie berkata bahawa:
"Al-Layth lebih berpengetahuan daripada Malik".
Kedudukan dalam Pemerintahan

Beliau memegang beberapa jawatan semasa hayatnya seperti:
  • Ketua Pentadbiran Kewangan semasa pemerintahan Salih b. Ali b. 'Abdullah b. 'Abbaas di Mesir.
  • Ketua Pentadbiran Kewangan semasa pemerintahan khalifah al-Mahdi dari bani Abbasiah.
  • Beliau pernah ditawarkan untuk menjadi pemerintah Mesir oleh khalifah Abu Ja'far Al-Mansur mewakili bani Abbasiah tetapi beliau menolak.
Kebajikan

Beliau suka memberi hadiah kepada ulama-ulama lain. Contohnya, beliau pernah menghadiahi Malik b. Anas dan Ibnu Luhay selepas kitab-kitabnya terbakar. Beliau suka makan berteman dan prihatin dengan golongan fakir miskin.
Rujukan-Rujukan

Klik "sini" untuk mengakses.