Khamis, 2 November 2023

Konflik Palestin

Konflik Palestin-Israel telah meragut berpuluh ribu nyawa dan menyebabkan berjuta orang penduduk kehilangan tempat tinggal. Menurut rencana al-Jazeera pada 9 Oktober 2023 berjudul, "What's the Israeli-Palestinian conflict about? A simple guide" lagi, konflik Palestin-Israel ini berpunca dari tindakan penjajahan yang berlaku ke atas rantau tersebut lebih satu abad yang lalu.

Apabila Israel mengisytiharkan peperangan ke atas Genting Gaza selepas serangan mengejut oleh Hamas, kelompok bersenjata Palestin pada hari 7 Oktober 2023, dunia mula kembali memberikan perhatian kepada kejadian-kejadian yang seterusnya di situ.