Tamadun ini sangat jarang dibincangkan orang berbanding dengan tamadun Yunani dan tamadun Romawi. Kisah permulaan penulisan, ilmu falak dan perundangan. Sebenarnya kisah mengenai permulaan tamadun itu
sendiri bermula di satu tempat. Ia tidak bermula di Mesir, Yunani atau
Roma. Tetapi ia bermula di Mesopotamia.
Mesopotamia adalah rujukan Yunani yang merujuk kepada rantau yang sangat
subur terletak di antara lembangan Sungai Tigris dan Sungai Furat.
Selama lima ribu tahun, cebisan tanah kecil yang terletak di dalam Iraq,
Kuwait dan Syria pada zaman moden menjadi pusat penciptaan teknologi
yang kemudiannya merubah dunia selama-lamanya. Tamadun ini dihuni selama
hampir 12,000 tahun, iklimnya yang stabil, tanah yang subur dan
pengaliran sungai yang baik menjadikannya sebagai tempat sesuai untuk
kegiatan pertanian, penternakan haiwan dan perikanan.