Negara Kota Mesopotamia

Kira-kira 6,000 tahun yang lalu, sesetengah daripada pusat pertanian di lembangan ini berkembang menjadi kota-kota terawal di dunia. Dalam tempoh antara 4000 dan 3100 SM, Mesopotamia mempunyai satu jaringan negara kota yang saling bersaing antara satu sama lain iaitu:

  • Kota Ur
  • Kota Uruk
  • Kota Babil
  • Kota Akkad
  • Kota Ashur
  • Kota Nimrud; dan
  • Kota Nineveh

Pada satu tahap, negara-negara kota ini disatukan di bawah Empayar Akkad oleh Raja Sargon I. Empayar ini seterusnya berpecah dua menjadi dua empayar iaitu:

  • Empayar Asyur
  • Empayar Babil