Sistem Tulisan Mesopotamia

Salah satu inovasi penciptaan yang memberi kesan ke seluruh dunia dari Mesopotamia adalah sistem tulisannya sendiri. Sistem tulisan mereka ini bermula dengan gambar-gambar ringkas yang dicakar pada papan tanah liat yang kemudian dikeringkan bagi merekod barangan dan kekayaan mereka.

Ia kemudian berkembang menjadi sistem tulisan yang canggih menjelang tahun 2200 SM. Sistem tulisan yang digunakan di Mesopotamia ini digelar sebagai Cuneiform atau Tulisan Bentuk Pepaku. Ia sangat fleksibel sehingga diterima menjadi tulisan untuk pelbagai bahasa utama yang lain dalam tempoh 3000 tahun. Antara bahasa yang mengguna bentuk tulisan ini adalah:
  • Sumeria
  • Akkadia
  • Babil
  • Hittite
  • Hurria
  • Urarti
  • Elam
  • Parsi Purba
  • Kassite
  • Luwian
  • Palaic
  • Hattic
  • Ugaritic
  • Eblaite
Sistem tulisan ini digunakan untuk merekod undang-undang pertama di dunia yang disusun oleh Raja Hammurabi dari empayar Babil.