A. Pengenalan merupakan bahagian kertas yang menyediakan pembaca dengan latarbelakang maklumat bagi penyelidikan yang dilaporkan dalam kertas. Tujuan dia adalah untuk membangunkan satu rangka kerja bagi kajian, jadi pembaca boleh faham bagaimana perkaitannya dengan kajian lain" (Wilkinson, 1991, ms. 96)
B. Dalam satu pengenalan tu, penulis kena
1. menarik minat pembaca dalam topik yang diperbincang
2. menyediakan asas yang luas bagi masalah yang membawa kepada pengkajian
3. sampai kepada khalayak yang sesuai (Creswell, 1994, ms 42)
C. Kalau seorang pengkaji tu buat kerja dengan rangka kerja teori tertentu atau barisan pertanyaan, teori atau barisan pertanyaan akan diperkenalkan dibincangkan awal, seeloknya dalam pengenalan atau literature review.
Ingat jugak yang teori atau barisan pertanyaan yang dipilih akan memberikan maklumat tentang pernyataan masalah, rasional pengkajian, soalan-soalan, hipotesis, pilihan alat-alat kajian, dan juga pilihan kaedah pengkajian. Akhirnya nanti, jumpaan akan dibincangkan dalam keadaan yang mana teori atau barisan pertanyaan yang mengikat pengkajian.
D. Teori-teori, rangka kerja teori, dan barisan pertanyaan boleh juga diuruskan dengan cara berbeza sama ada kualitatif dan kuantitatif.
1. "Dalam kajian kuantitatif, seorang tu guna teori secara deduktif dan tempatkannya di mukadimah rancangan pengkajian. Matlamat dia adalah untuk uji atau mengesahkan teori. Seseorang tu kemudiannya mulakan dengan mengkaji teori yang seterusnya untuk menokok tambah lagi teori tersebut, kumpul data untuk ujinya, dan cuba cerminkan sama ada teori itu disahkan atau tak disahkan melalui keputusan dalam kajian itu. Teori itu akan menjadi satu rangka kerja untuk keseluruhan pengkajian itu. Satu penusunan model untuk soalan kajian atau hipotesis bagi prosedur pengumpulan data" (Creswell, 1994, ms. 87-88)
2. Dalam pertanyaan kualitatif, penggunaan teori dan sebaris pertanyaan bergantung pula kepada sifat pengkajian tu. Dalam pengkajian yang bertujuan untuk dapatkan "teori asas", contoh dia teori atau prinsip teori muncul dari jumpaan. Lagi banyak pertanyaan kulitatif, bertujuan untuk uji atau mengesahkan teori. Makanya, dalam kes-kes yang melibatkan rangka kerja teori, satu usaha kuantitatif patutnya dikenalpasti dan dibincangkan di mukadimah.