Tujuan Pengkajian

A. "Pernyataan tujuan patut menyediakan sinopsis yang spesifik dan tepat untuk keseluruhan pengkajian" (Locke, Spirduso & amp; Silverman, 1987; ms. 5). Kalau tujuan tak jelas kepada penulis maka ia juga tak jelas kepada pembaca.

B. Takrif dengan ringkas dan kurangkan had bagi bidang spesifik yang nak dikaji. Anda akan lihat semula bahagian yang dibahagikan tu dalam bahagian seterusnya. Maksudnya jangan cakap semua sekali dalam satu masa.

C. Berikan sikit pengenalan mengenai hipotesis untuk diuji atau soalan-soalan yang dibangkitkan. Begitu juga dengan signifikasi pengkajian. Ia memerlukan perkaitan atau kesinambungan spesifik dalam bahagian seterusnya.

D. Pernyataan tujuan boleh juga mengaitkan rasional pengkajian tersebut. Sesetengah jawatankuasa lagi suka untuk tujuan dan rasional pengkajian dibincangkan berasing-asingan dalam bahagian yang berasingan.

E. Mesti ada point-point utama apabila menyediakan pernyataan tujuan pengkajian.

1. Cuba untuk mengaitkan satu ayat yang bermula dengan "tujuan pengkajian ini adalah..." Ia boleh menjelaskan lagi apa tujuan anda dan akan memberi maklumat yang jelas kepada para pembaca.

2. Kenalpasti dan takrifkan konsep utama atau fikrah kajian. Sesetengah pengerusi ahli jawatankuasa suka bahagian yang berbeza untuk pengakhiran ini. Apabila istilah ditakrifkan, buat pilihan yang mana satu yang paling tepat iaitu antara menggunakan takrifan deskriptif atau operasional.

3. Kenalpasti kaedah pertanyaan spesifik untuk digunakan.

4. Kenalpasti unit analisis dalam pengkajian anda.