Mazhab Awza'i

Tokoh

Abu Amr Abd. al-Rahman ibn Amr al-Awzai' (707-774), merupakan wakil utama dan eponim untuk mazhab fekah dan pengajian hadis ini.

Beliau lahir di Balbek, Lubnan sekitar 707 M. Sedikit sekali hasil penulisan beliau yang terselamat. Namun, bentuk usul al-fiqh mazhab beliau dipelihara oleh Abu Yusuf (meninggal 798) menerusi kitab beliau, al-Radd 'ala Siyar al-Awza'i, terutamanya yang melibatkan "sunnah hidup" atau amalan yang diperolehi terus dari Muslim generasi-generasi awal. Bagi al-Awza'i, itulah sunnah sebenar dari nabi Muhammad s.a.w yang wafat sekitar 632 M.

Mazhab ini terkenal dan popular di rantau-rantau seperti:
Menjelang kurun ke-9 M, mazhab ini mula hilang di sebalik mazhab Maliki. Disebabkan beliau mempunyai keupayaan seorang imam Sunnah dari segi akademik serta keturunan orang-orang alim, maka pandangan beliau masih lagi mempunyai potensi untuk menjadi sumber perundangan dan juga asas untuk pendekatan perundangan alternatif serta penyelesaian masalah. Beliau meninggal pada 774 M, dikebumikan berdekatan Beirut.

Rujukan

Klik sini untuk mengakses.