Mazhab Awza'i di Maghribi dan Andalusia

Sesetengah orang menghujahkan bahawa penduduk di Maghribi dan Andalusia yang bermazhab Maliki itu sebenarnya merupakan bekas pengikut mazhab Awza'i. 

Namun, semenjak penaklukan bani Umayyah berlaku di rantau tersebut dan juga pemberontakan Berber, Maghribi dan sebelah barat Algeria berubah mengikut mazhab-mazhab Khawarij yang dipelopori oleh dinasti-dinasti seperti dinasti Maghrawa, Emiriah Toudgha dan dinasti Rustam yang bermazhab Ibadhi. Kecuali di Tunisia dan Andalusia, mazhab Maliki berkembang selepas kenaikan dinasti Almoravid.

Kemudian, ketika al-Hakam I dari bani Umayyah di Cordova memerintah, fatwa-fatwa rasmi diubah dan dikeluarkan mengikut pandangan Malik bin Anas serta Ahli Madinah. Al-Hakam I berpegang dengan mazhab Maliki disebabkan oleh beliau boleh melihat kebaikan dari segi politik dan mereka pun mempunyai perbezaan juga pada sebab sebenar yang kini masih belum boleh dipastikan lagi. Kebanyakan orang berpendapat bahawa ulama-ulama dari Andalusia sering ke Madinah dan kembali ke negeri mereka dengan membawa kisah-kisah keluasan ilmu imam Malik serta maqam tinggi beliau. Jadi, mereka pun menghormati imam Malik dan menerima mazhab beliau.

Yang lain-lain pula mengisahkan mengenai pertanyaan imam Malik terhadap penduduk Andalusia mengenai hukum pemerintahan di negeri mereka. Lalu diperjelas kepada beliau. Beliau sangat sukacita mendengar penjelasan penduduk-penduduk di Andalusia kerana khalifah bani Abbasiah ketika tidak memerintah mengikut hukum yang dipersetujui. Imam Malik berkata kepada orang yang memberi penjelasan kepada beliau, "Semoga Allah S.W.T menyinari rantau-rantau suci di negeri kami dengan pemerintahan seperti di negerimu ini". 

Hal ini tersebar sehingga ke pengetahuan amir di kota Cordova yang memang mengetahui mengenai kecemerlangan ilmu serta ketakwaan imam Malik. Lalu, dianjurkan supaya penduduk di kota tersebut menerima mazhab Maliki dan memerintahkan mazhab Awza'i supaya diketepikan. Seterusnya, sultan-sultan di Maghribi dan sebelah Barat mempersetujui bahawa pemerintahan, hukum fekah dan tindakan-tindakan mereka, mestilah didasarkan kepada pandangan-pandangan dari Ibn al-Qasim al-'Utqi sahaja! Tokoh ini adalah salah seorang penuntut terkenal imam Malik.

Tidak dapat dipastikan juga sebab-sebab pemerintah bani Umayyah ini memilih imam Malik serta mazhab Ahli Madinah yang majoritinya adalah pro-Ahlul Bayt yang menolak pemerintahan bani Umayyah sebelum itu.