Sejak sebelum kebangkitan nabi Muhammad s.a.w yang membawa risalah ajaran Islam lagi, penduduk di Tanah Arab mempunyai kepercayaan terhadap makhluk halus seperti jin, hantu dan syaitan. Buah fikiran mengenai hal ini dikesan mempunyai asal-usul dari tamadun Mesopotamia. Orang Arab pula bertanggungjawab dalam penyebaran buah fikiran ini ke rantau mereka.
Peter M. Holt dan Ann Katherine membahaskan dalam The Cambridge History of Islam
bahawa ajaran Islam muncul sebagai satu pemberontakan dan bantahan
terhadap kepercayaan-kepercayaan Arab lama. Namun, ia tidaklah merubah
seratus peratus bentuk kepercayaan tersebut. Sebaliknya ia menjalinkan
pula beberapa amalan lama seperti amalan berhaji setiap tahun ke kota
Mekah (1997, 17). Berikut adalah makhluk ghaib yang terdapat dalam
kepercayaan orang Arab dan kepercayaan umat Islam:
Sesetengah makhluk ini muncul sebelumnya dalam tamadun lain benua
seperti di tamadun Parsi dan tamadun orang Afrika Utara di sebelah
Tunisia, Maghribi dan Mesir. Sesetengahnya dicatitkan dari kisah
penglipurlara Arab yang terkenal dari Iraq seperti 1001 Malam.