Jin

Jin merujuk kepada makhluk-makhluk halus dalam kepercayaan agama Islam dan kepercayaan Arab sebelum kemunculan agama Islam. Jin seperti juga manusia, diciptakan dengan fitrah, mempunyai agama kepercayaan serta persekitaran yang mengubah mereka. Disebabkan jin bukanlah benar-benar baik atau jahat, maka agama Islam mengakui juga kewujudan jin yang menganut agama lain serta mampu menyesuaikan diri dengan roh-roh dari agama lain semasa pengembangannya. Jin tidak semestinya konsep yang ada dalam agama Islam sahaja namun ia bokeh juga mewakili kepercayaan pagan Arab yang turut terjalin ke dalam kepercayaan penganut Islam.

Dalam konteks agama Islam, istilah jin selalunya digunakan untuk merujuk kepada sebarang makhluk ghaib secara umum atau secara khusus. Oleh itu, jin selalunya disebut bersama dengan syaitan dalam sumber-sumber agama Islam. Kedua-dua jin dan syaitan ini disebut dalam penglipurlara dan dipertanggungjawabkan dengan peristiwa sial, kerasukan dan penyakit. Walau bagaimanapun, jin kadang-kala boleh juga membantu dan bersikap baik terhadap persekitarannya. Jin selalunya disebut dalam ilmu ghaib di dunia Islam, diseru dan diperhambakan oleh ahli sihir. Selain itu, mereka juga disebut dalam risalah-risalah berkenaan haiwan dengan rujukan haiwan bertubuh halus.

Rujukan

  • Leila Ettchafini, What are Jinn: The Arab Spirit who can Eat, Sleep, Have Sex and Die, Vice (Online)
  • Md. Ruzai Daud, 10 Jenis Ciri-Ciri Rumah yang disukai oleh Jin untuk dijadikan Kediaman, 9 Januari 2018 (Blogspot)