Jin dalam al-Quran dan Sunnah
Jinn disebut lebih kurang sebanyak 29 kali dalam kitab suci al-Quran. Dalam tradisi agama Islam, nabi Muhammad disebutkan sebagai seorang nabi yang diutuskan kepada masyarakat manusia dan jin. Dari segi tradisi, surah al-Jin menceritakan mengenai perutusan nabi Muhammad kepada kelompok masyarakat jin serta beberapa kisah yang menyebut mengenai salah seorang sahabat nabi yang menyaksikan peristiwa wahyu disampaikan oleh nabi Muhammad kepada kelompok masyarakat jin.
Jin nampaknya mempunyai sikap yang berbeza-beza. Dalam kisah nabi Sulaiman, jin muncul sebagai semangat alam semula jadi yang sebanding dengan makhluk shedim dalam kitab Talmud. Nabi Sulaiman diberikan mukjizat oleh Allah dengan kemampuan berbicara dengan haiwan dan semangat. Allah memberikan baginda kemampuan menguasai jin yang memberontak dan syaitan. Baginda mengerahkan mereka supaya membangunkan Kuil Sulaiman di Jerusalem.
Dalam bahagian lain pula, al-Quran mengisahkan mengenai masyarakat Arab pagan yang menyeru jin untuk memohon bantuan berbanding dengan berdoa kepada Allah. Al-Quran telah menurunkan status jin ini dari dewata pelindung kepada semangat rendahan yang selalunya hidup selari dengan manusia dalam dimensi lain. Dalam hal ini, jin selalunya digandingkan dengan manusia. Bagi menekankan lagi prinsip monotheisme dan konsep tauhid dalam ajaran Islam, semua persekutuan antara jin dengan Allah dinafikan olehnya. Jin diletakkan setaraf dengan manusia, tertakluk kepada pengadilan oleh Allah serta hari akhirat.
Hadis turut menyebut mengenai kelompok masyarakat jin. Salah satu hadis membahagikan mereka kepada tiga golongan iaitu yang terbang di udara, yang melata di muka bumi berupa anjing serta ular serta yang berjalan dari satu tempat ke satu tempat seperti manusia.
Jin dalam Tafsir
Kepercayaan terhadap jin tidak dimasukkan ke dalam rukun iman seperti kepercayaan terhadap malaikat. Walau bagaimanapun, jin ini dipercayai oleh ramai sarjana Islam sebagai kepercayaan asas dalam ajaran Islam. Tafsir al-Quran menyebut mengenai penggunaan istilah jin dalam dua cara iaitu:
- Makhluk ghaib yang melata di muka bumi sebelum kemunculan nabi Adam. Jin ini diciptakan oleh Allah melalui campuran api atau api yang tidak berasap seperti rujukan dalam Surah al-Rahman dalam al-Quran. Mereka dipercayai menyerupai manusia dari segi tabiat makan dan minum, beranak-pinak, mati, dibicarakan di hari akhirat dan diberi ganjaran syurga atau diberi hukuman neraka mengikut perbuatan mereka semasa hidup. Namun, jin juga lebih pantas dan lebih kuat daripada manusia. Mereka berbeza dengan kelompok al-Jin yang diciptakan dari api samum atau api beracun seperti yang tersebut dalam surah al-Waqi'ah dalam al-Quran. Jin biasa diciptakan dari campuran api. Al-Jin ini berperang juga dengan kelompok jin dan dianggap sebagai boleh berdosa. Mereka tidak maksum seperti malaikat.
- Berbeza dengan al-Ins yang bermaksud sesuatu yang berupa, al-Jinn ini merujuk kepada objek yang tidak boleh disedari oleh anggota deria manusia termasuklah malaikat, syaitan dan jiwa dalaman manusia. Oleh itu, setiap syaitan dan setiap malaikat itu boleh juga dikategorikan sebagai al-Jinn namun bukan semua al-Jin itu adalah malaikat atau syaitan. Al-Jahiz mengkategorikan jin dalam karyanya Kitab al-Hayawan, "Jika ia suci, bersih, tidak tersentuh oleh noda dosa, maka ia adalah malaikat. Jika ia tidak beriman, tidak jujur, ganas, jahat, jika ia syaitan, jika ia berjaya menyokong bangunan, mengangkat barangan berat dan mencuri dengar di pintu syurga, maka adalah marid. Jika ia lebih daripada itu, ia adalah ifrit".
Dengan turunnya ajaran Islam, bangsa jin diberikan peluang baru bagi mendapatkan keselamatan. Namun oleh sebab penciptaan mereka sebelum penciptaan manusia, maka mereka berasa bahawa diri mereka lebih tinggi daripada manusia dan mereka hasad kepada manusia kerana merampas kedudukan mereka di muka bumi. Beberapa jenis jin dalam penglipur lara Muslim seperti yang dicatitkan oleh al-Tabari diberikan pengecualian kerana mereka tidak memberikan impak teologi. Walau bagaimanapun, disebabkan al-Tabari adalah antara penafsir yang awal maka beberapa jenis jin yang tidak diketahui umum itu pun dibawa ke pengetahuan umum.