Marid

Sumber Bahasa Arab

Perkataan marid ini adalah terbitan dari dasar m-r-d yang bermaksud pemberontak. Lisan al-Arab, kamus ensiklopedia bahasa Arab klasik yang dikumpulkan oleh Ibnu Manzur hanya melaporkan bentuk-bentuk bagi maksud umum perkataan ini. Ia menjadi rujukan bagi semangat jahat dalam kitab suci al-Quran (Surah as-Saffat, 37:7) yang menyebut mengenai "perlindungan daripada segala jenis syaitan pemberontak". Selain itu, perkataan ini turut berasal dari akar kata bahasa Samiah yang kemudian menjadi perkataan bahasa Ibrani iaitu mered yang bermaksud pemberontakan dan mored bermaksud pemberontak.

Kamus Bahasa Arab Moden oleh Wehr-Cowan memberikan maksud pendua bagi syaitan dan raksasa. Kamus Bahasa Arab-Inggeris Lane pula memetik sumber yang, "dikatakan bahawa terpakai kepada jin jahat dari kelompok yang kuat dan berkuasa", namun perbezaan ini tidaklah bersifat sejagat. Sebagai contoh, Hikayat Seribu Satu Malam edisi MacNaghten menggunakan perkataan marid dan kadang-kala ifrit silih berganti contohnya dalam "Kisah Nelayan". Konstantin Jirecek mempercayai bahawa perkataan marid ini merujuk kepada mardatai atau tentera upahan semasa peperangan Arab-Romawi dan juga merujuk kepada kepada puak Mirdita dari Albania.

Marid juga disebut dalam Sirat Saif ibnu Dhu-Yazan. Saif pernah meminta marid supaya membawanya kepada gerombolan tentera Sulaiman. Namun, disebabkan sifat mereka itu, mereka selalu berbuat perkara yang berlawanan. Selepas dipesan oleh nabi Khidir bahawa dia perlu memberi perintah secara berlawanan, maka dia pun mengikut pesanan tersebut.