Syaitan

Syaitan adalah merupakan satu entiti dalam agama-agama keturunan nabi Ibrahim yang menggoda manusia ke arah dosa dan kepalsuan. Dalam agama Kristian dan agama Islam, syaitan sering dilihat sebagai malaikat yang terjatuh atau sebagai seorang jin yang pada asalnya adalah seorang yang bertakwa dan baik rupanya. Namun, dia telah memberontak terhadap Allah sehingga dia jatuh ke alam bawah. Dalam pada itu, dia diberikan kuasa yang sementara terhadap dunia bawah dan mempunyai bala tentera hantu serta syaitan. Dalam agama Yahudi, Syaitan ini dianggap sebagai metafora bagi vetzer hara atau kecenderungan ke arah kejahatan atau sebagai seorang agen yang tidak sepenting Allah.

Seorang tokoh yang dikenali sebagai Syaitan muncul pada awalnya dalam kitab Tanakh yang berfungsi sebagai pendakwa raya samawi, ahli kepada kumpulan anak-anak Tuhan yang tertakluk kepada Yahweh bagi mendakwa keturunan Yahuda di mahkamah agung samawi dan menguji kesetiaan pengikut Yahweh dengan menurunkan kesengaraan ke atas mereka.

Semasa zaman antara kesaksian, kemungkinan disebabkan oleh pengaruh dari tokoh dalam agama Zoroaster iaitu Angra Mainyu, syaitan pun berkembang menjadi entiti terkutuk dengan ciri-ciri yang dibenci dalam pertentangan antara kejahatan dengan kebaikan. Dalam Kitab Jubli yang diragui kesahihannya itu, Yahweh mengurniakan kepada Syaitan yang dirujuk sebagai Mastema dengan kekuasaan ke atas sekelompok malaikat yang terjatuh atau titisan keturunannya bagi menggoda manusia ke arah dosa dan diberikan kekuasaan untuk menghukum manusia.

Dalam Injil Sinoptik, Syaitan cuba menggoda nabi Isa di padang pasir dan dikenalpasti sebagai punca kepada penyakit serta godaan. Dalam Kitab Revelation, Syaitan menjelma sebagai Naga Merah dan ditewaskan oleh Malaikat Mikael lalu dilempar keluar dari Syurga. Syaitan dikurung selama seribu tahun dan dibebaskan. Selepas itu, Syaitan ditewaskan dan dilemparkan dalam Tasik Api.

Dalam agama Kristian, Syaitan dikenali sebagai Devil atau Lucifer. Walaupun Kitab Genesis tidak menyebut mengenainya, dia selalu dikenalpasti sebagai ular dalam Taman Eden. Pada abad pertengahan, Syaitan memainkan peranan yang kecil sekali dalam pengajian keagamaan agama Kristian dan digunakan sebagai watak yang memperkenalkan penonton kepada persembahan lakonan yang bersifat misteri.

Pada awal zaman moden, peranan Syaitan mula membesar kerana kepercayaan terhadap kerasukan syaitan dan sihir menjadi lebih meluas. Semasa zaman Enlightenment di benua Eropah, kepercayaan mengenai kewujudan Syaitan seringkali dikecam. Walau bagaimanapun, kepercayaan mengenai Syaitan ini tetap kekal wujud terutamanya di benua Amerika.

Dalam kitab suci al-Quran, Syaitan dikenali sebagai Iblis, merupakan entiti yang diciptakan oleh Allah dari api. Iblis kemudian dilempar keluar dari Syurga kerana keengganan untuk tunduk hormat kepada Adam yang baru sahaja diciptakan ketika itu. Iblis lalu membisikkan dosa di sanubari manusia dan menimbulkan waswas dalam fikiran manusia. Walaupun Iblis dipandang sebagai jahat, namun terdapat beberapa kumpulan yang mempunyai kepercayaan yang berbeza pula dengan pandangan itu.

Dalam agama Satanism, Syaitan dianggap sebagai dewa yang dipuja atau dihormati. Dalam Satanism LaVeyan, Syaitan menjadi lambang kepada kemuliaan dan kebebasan. Rupa Syaitan tidak pernah digambarkan dalam kitab suci Kristian dan Yahudi, namun sejak abad ke-9 masihi lagi Syaitan sering digambarkan dalam kesenian penganut agama Kristian di Eropah. Dia digambarkan bertanduk, mempunyai tapak kaki terbelah, kakinya berbulu dan mempunyai ekor. Selalu juga dia digambarkan telanjang dan pencakar gandum. Kesemua ciri yang terdapat dalam gambaran Syaitan di Eropah itu terbit dari pelbagai dewata pagan seperti dewa Pan, dewa Poseidon dan dewa Bes. Syaitan juga sering muncul dalam kesusasteraan Kristian yang terutamanya dalam karya Dante Alighieri berjudul Inferno, pelbagai versi lagenda Faust, Paradise Lost dan Paradise Regained oleh John Milton serta dalam puisi oleh William Blake. Syaitan juga muncul dalam filem, televisyen dan muzik sebagai watak untuk hiburan.