Pengajian tentang Syaitan dalam Pandangan Nasrani

Pengajian syaitan dalam agama Nasrani disebut juga sebagai demonology selalunya berasaskan kepada rujukan Kitab Perjanjian Lama dan Kitab Perjanjian Baru, tafsir kitab-kitab ini, ulasan ahli falsafah Nasrani awal berkenaan kitab suci dan dikaitkan juga dengan tradisi serta legenda tempatan yang dijalinkan dari kepercayaan lain.

Dalam sesetengah tradisi agama Nasrani, dewata dalam agama lain sering ditafsirkan sebagai syaitan atau didakwa tercipta sebagai syaitan. Evolusi syaitan dalam agama Nasrani dan lambang pentagram adalah merupakan contoh upacara dan rupa awal yang menunjukkan ciri-ciri kejahatan seperti yang dilihat oleh gereja-gereja Nasrani.

Pengajian ilmu berkenaan syaitan ini berkembang sejak permulaan ajaran al-Masih berkembang. Dari pengakuan ringkas bahawa syaitan itu wujud kepada pengajian rumit yang berkembang dari buah fikiran awal yang terbit dari pengajian mengenai syaitan dalam agama orang Yahudi dan kitab suci Nasrani sendiri. Dalam gereja Roman Katolik, syaitan turut dikaji secara mendalam walaupun gereja-gereja dari mazhab lain turut mengakui dan membincangkan mengenai kewujudan syaitan. Albertus Magnus yang menyedari mengenai kepercayaan salah dan ajaran yang sesat berkenaan dengan tajuk syaitan ini menyebut bahawa, "A daemonibus docetur, de daemonibus docet, et ad daemones ducit" yang bermaksud, "Ia diajarkan oleh syaitan, mengajarkan mengenai syaitan dan akhirnya membawa kepada syaitan".
  • Asal-Usul Syaitan
  • Jumlah Syaitan
  • Ciri-Ciri Syaitan
  • Rupa Syaitan
  • Penjelmaan Syaitan
Rujukan
  • Demonology, Doug Potter, 1 Nov 2016 (Youtube)