Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan

Selasa, 7 Oktober 2014

Konflik Timur Tengah


Kategori ini meliputi semua aspek berkaitan antara Israel dan bangsa Arab di sekelilingnya. Selepas Perang Dunia II, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberikan mandat kepada penubuhan negara Israel bagi orang Yahudi supaya mereka dapat "hidup aman damai". Kawasan Israel ini meliputi Jerusalem termasuklah Baitulmaqdis Timur yang didiami oleh orang Arab Palestin yang menganuti agama Islam. Pihak Palestin mempercayai bahawa mereka perlu diberikan kuasa ke atas kawasan Baitulmaqdis Timur sebagai prasyarat kepada sebarang proses perdamaian.

Sejak penubuhan negara Israel, perbalahan tercetus antara penduduk Israel yang menuntut hak untuk terus wujud sebagai bangsa dengan negara berdaulat di Timur Tengah serta tinggal di kawasan yang didakwa sebagai tanah pusaka mereka manakala orang Arab Palestin menuntut supaya tanah air mereka dikembalikan dan menuntut kerugian daripada kemusnahan yang disebabkan oleh pendudukan rejim Israel ke atas tanah mereka.
Gambar hiasan di atas berasal dari sumber rencana berita Arab News yang berjudul, "How prepared is the Middle East if Israel-Hamas war escalates into a regional conflict" oleh Nadia al-Faour diterbitkan pada 23 Oktober 2023.

Jumaat, 5 September 2014

Tamadun Arab

 
Bangsa Arab pada asalnya adalah merupakan penghuni yang menghuni gurun Tanah Arab. Mereka mula menganuti ajaran Islam menjelang abad ke-7 M lalu membina kerajaan, memerangi empayar Sassan di Timur dan empayar Byzantine di Barat serta menjadi pemangkin kepada kemunculan kerajaan berpengaruh Islam dari Sepanyol, Asia Tengah, Caucasus sehinggalah ke India.
 
Lebih mendalam lagi, agama Islam termasuklah perundangan dan doktrinnya menjadi agama dan kebudayaan yang turut diterima secara sejagat oleh bangsa bukan Arab seperti bangsa Parsi, Turki, Melayu dan sebagainya. Perkara yang dirujuk sebagai Ketamadunan Arab ini adalah gabungan nilai Arab klasik, kebudayaan Islam dan institusinya, pengetahuan yang diwarisi olehnya dari tamadun Dunia Lama dan kesatuan yang dilambangkan oleh penggunaan bahasa Arab itu sendiri.
 
Bangsa Arab memelihara dan menmperkembang lagi cabang-cabang ilmu yang sedia ada dalam lingkungan pentadbiran, kesusasteraan, falsafah, sejarah, kesenian dan seni bina, muzik, matematik, fizik, biologi, perubatan, kejuruteraan, pelayaran dan undang-undang komersil. Walaupun penguasaan bangsa Arab dalam empayar penganut Islam itu terbukti hanya sementara namun agama Islam yang muncul di Tanah Arab itu terus menjadi agama yang subur dan menjadi sebahagian daripada ketamadunan di Timur Tengah. Sehingga kini, seperlima daripada penduduk dunia adalah merupakan penganut agama Islam dan agama Islam menduduki tempat kedua sebagai agama yang terbesar sekali jumlah penganutnya di benua Eropah dan Amerika Utara.
Kredit Gambar: Gurun Wadi Rum oleh Victoria Thorsen melalui Bedouins - the Backbone of Jordanian Culture, Camilla Toftlund, The Turban Times, 12 Mei 2017