Nasionalisme ini merupakan ideologi yang meraikan kegemilangan tamadun
Arab, bahasa dan sastera Arab, menyeru kepada penyuburan semula kesatuan
politik di dunia Arab. Premis utamanya, adalah orang-orang di dunia
Arab, dari Lautan Atlantik sehingga ke Laut Arab, satu bangsa Arab,
dikumpulkan dengan ciri-ciri linguistik bersama, agama yang sama,
kebudayaan dan warisan sejarah yang sama.
Salah satu matlamat asas nasionalisme Arab ini adalah untuk mengakhiri
pengaruh Barat di dunia Arab. Pengaruh Barat dilihat sebagai musuh bagi
kekuatan bangsa Arab selain untuk menjatuhkan kerajaan Arab yang
dianggap sebagai bergantung kepada kuasa Barat. Fahaman ini mencapai
kemuncaknya ketika kelemahan dan kekalahan empayar Turki Osmaniah pada
awal abad ke-20 M dan kendur ketika kekalahan tentera Arab dalam
peperangan Enam Hari untuk membalun Israel.
Tokoh-tokoh dan kelompok-kelompok yang terlibat dalam fahaman ini seperti:
Tokoh-tokoh dan kelompok-kelompok yang terlibat dalam fahaman ini seperti:
- Gamal Abdel Nasser, pemimpin Republik Mesir.
- Mu'ammar Gaddafi, pemimpin Pergerakan Nasionalis Arab di Libya.
- Michel Aflaq, pengasas Parti Sosialis Arab Ba'ath yang berpengaruh di Iraq dan Syria.
Konsep Pan-Arabisme merupakan konsep berkaitan yang bertujuan untuk menyatukan negara-negara Arab menerusi kaedah supranasional.
-
Ideologi Nasionalisme Arab
- Sejarah Nasionalisme Arab
- Cubaan untuk Kesatuan
- Tokoh Nasionalis Arab Terkenal
- Bibliografi