Ideologi Nasionalisme Arab

Nasionalis Arab mempercayai bahawa bangsa Arab wujud sebagai entiti bersejarah sejak sebelum kebangkitan nasionalisme pada abad ke-19 sehingga ke-20 M. Bangsa Arab terbentuk menerusi pengasasan bahasa Arab yang bertahap-tahap sebagai wadah perhubungan dan serentak dengan pelebaran agama Islam sebagai agama dan budaya di Asia Barat. Bahasa Arab dan Islam bertindak menjadi penyokong bangsa Arab.

Menurut penulis Youssef Choueiri, "nasionalisme Arab mewakili kesedaran orang Arab terhadap ciri-ciri tertentu selain usaha-usaha untuk membina negara moden yang mampu mewakili keazaman bangsa Arab serta seluruh bahagian perlembagaan yang dipersetujui".

Dalam pergerakan nasionalis Arab sendiri, wujud tiga pembezaan iaitu:
  • Bangsa Arab
  • Nasionalisme Arab
  • Kesatuan Pan-Arab
Jamil al-Sayyid, pengasas parti nasionalis Arab Ba'ath mendakwa bahawa bangsa Arab merujuk kepada kelompok manusia yang bertutur bahasa Arab, mendiami dunia Arab dan mereka yang berasa bahawa diri mereka adalah bangsa Arab. Nasionalisme adalah "keseluruhan" ciri-ciri dan kualiti eksklusif bagi bangsa Arab, manakala kesatuan Pan-Arab pula merujuk kepada idea moden yang menekankan bahawa negara-negara Arab yang pelbagai itu mesti bersatu membentuk satu negara persekutuan bawah sistem politik yang satu.

Patriotisme tempatan bertumpu kepada negara Arab yang individu turut dijalinkan dalam rangka kerja nasionalisme Arab bermula sekitar 1920-an. Ia dijalankan dengan pemusatan Tanah Arab sebagai tempat asal kelompok besar bangsa Semitik yang didakwa tersebar ke seluruh Timur Tengah pada zaman purba atau dengan mengaitkannya dengan kebudayaan pra-Islam seperti di Mesir dan Utara Afrika serta Tanduk Afrika ke dalam lipatan identiti Arab.

Bahasa Arab moden mempunyai dua jenis perkataan yang boleh diertikan sebagai nasionalisme:
  • قومية qawmiyyah yang terbit dari perkataan qawm yang bermaksud puak, etnik, dan kewargaan.
  • وطنية wataniyyah terbit dari wataniyya dari watan yang bermaksud negara asal atau patriotisme yang merujuk kepada peringkat tempatan.
Pada tahun-tahun pasca Perang Dunia, konsep qawmiyya tersebut sedikit demi sedikit mengambil warna pihak kiri, seterusnya menuntut kepada revolusi kesatuan Arab. Kumpulan-kumpulan nasionalis yang berpegang dengan pandangan ini menyebarkan fahaman yang bertentangan, kasar serta kritikal terhadap Israel selain menentang orang Arab lain yang enggan mengikut fahaman ini.

Tokoh terkenal yang totok sekali dengan konsep ini, adalah seperti Gamal Abdel Nasser dari Mesir. Beliau menggunakan kekuatan ketenteraan dan pengaruh politik beliau untuk melebarkan lagi versi ideologi pan-Arab mengikut acuan pemikiran beliau di seluruh dunia Arab. Sehingga kini, konsep qawmiyyah Nasser ini turut mempengaruhi Muslim non-Arab namun ia sudah kendur selepas Perang Yom Kippur atau Hari Arafah. Kini, ideologi politik dalam kalangan pembuat polisi-polisi di dunia Arab beralih ke konsep wataniyyah pula.