Konflik Dunia Arab dengan Israel

Menurut Article 6 dalam the Palestinian National Charter, sejak tahun 1948, konflik yang telah wujud antara Israel dengan negara-negara Arab di sekelilingnya berakar umbi dari kehadiran Israel di dalam kawasan yang turut dituntut oleh orang Arab Palestin. 

Kebangkitan serentak Zionisme dan nasionalisme Arab bermula pada lewat abad ke-19 masihi menandakan permulaan konflik ini walaupun kewujudan bersama dalam jangka masa panjang antara orang Arab dan orang Yahudi di tanah itu telah lama di bawah perlindungan empayar Turki Osmaniah. Penganut ideologi Zionis memandang bahawa tanah yang mereka duduki itu adalah tanah air nenek moyang Yahudi sedangkan nasionalis Arab memandang bahawa tanah yang diduduki orang Arab sebagai tanah Palestin dan merupakan bahagian yang penting dalam dunia Islam kerana perkaitan umat Arab yang rapat dengan agama Islam.

Menjelang tahun 1920, konflik mazhab dan keagamaan pun bermula dengan pemisahan Syria dari empayar Osmaniah bertepatan dengan Perjanjian Sykes-Picot antara Britain dan Perancis. Perjanjian ini menjadi dasar kepada Mandat untuk Palestin dan Perisytiharan Balfour yang mengungkapkan sokongan British kepada kewujudan tanah air orang Yahudi. Konflik menjadi semakin runcing dengan berlakunya pergelutan dalaman dengan pengasasan negara Israel pada tahun 1948 bertepatan dengan penerimaan Pelan Pemisahan untuk Palestin oleh Majlis Perhimpunan Agung PBB. Hari terluputnya Palestin Bermandat dan Perisytiharan Kemerdekaan Israel, Liga Arab melancarkan Perang Arab-Israel 1948 yang berakhir dengan pemisahan rasmi sepanjang Garisan Hijau. Banyak lagi peperangan tercetus seterusnya pada tahun 1956, 1967, 1973 dan 1982.

Beberapa siri perjanjian damai dan persetujuan diplomatik serta ekonomi ditandatangani dalam separuh abad yang berikutnya. Pada tahun 2002, Liga Arab mencadangkan Inisatif Perdamaian Arab menerusi aktiviti ekonomi antara Israel dengan negara-negara Arab secara individu. Namun, aktiviti diplomatik antara Israel dengan negara-negara Arab itu melibatkan gencatan senjata dahulu, kemudiannya barulah terbentuknya hubungan diplomatik rasmi antara Israel dengan beberapa negara Arab. Rencana the Economist berjudul "the Arab-Israeli conflict is fading" pada 5 Oktober 2020 menyebut bahawa menjelang tahun 2020, Persetujuan Abraham kemudiannya menenangkan hubungan antara negara Arab dan Israel. 

Konflik antara Israel dan pelbagai pecahan kumpulan politik Palestin ada pasang dan surutnya termasuklah Intifada Pertama pada tahun 1987 hingga 1993, campurtangan Israel dalam Perang Saudara Lebanon tahun 1975 hingga 1990 bertujuan menghalau keluar Organisasi Pembebasan Palestin dari Lebanon, Intafada Kedua dari tahun 2000 hingga 2005, Perang Saudara Syria dari 2011 hingga 2024 dan baru-baru ini serangan 7 Oktober 2023 yang mencetuskan Perang Gaza.

Sekian, terima kasih.