Kebudayaan Arab adalah budaya kepada orang Arab bermula dari Laut Atlantik di Barat dan Laut Arab di sebelah Timur. Ia mrentangi Laut Mediteranea di Utara sehingga ke Tanduk Afrika dan Laut India di Tenggara.
Budaya Arab merangkumi bahasa, kesusasteraan, gastronomi atau budaya pemakanan, kesenian, seni bina, muzik, kerohanian, falsafah dan mistik yang menjadi warisan orang Arab sekelian. Dunia Arab kadang kala dibahagikan kepada rantau yang pelbagai bergantung kepada budaya, loghat dan tradisi termasuklah seperti berikut:
- Levant merangkumi Lebanon, Syria, Palestin dan Jordan.
- Mesir dan Sudan.
- Mesopotamia merangkumi Iraq.
- Semenanjung Tanah Arab merangkumi Kuwait, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, al-Ahwaz, Oman, Yaman dan Emiriah Arab Bersatu.
- Maghreb merangkumi Libya, Tunisia, Algeria, Maghribi dan Mauritania.
Berikut adalah merupakan subjek yang boleh dipelajari berhubung dengan kebudayaan Arab yang merangkumi:
- Kesusasteraan
- Muzik
- Tarian
- Media
- Masyarakat
- Sukan
- Makanan
- Pakaian
Kredit Video: Subhi Taha