Kesusasteraan Arab adalah merupakan penulisan sama ada dalam bentuk prosa atau puisi yang dihasilkan oleh penulis dalam bahasa Arab. Perkataan bahasa Arab yang merujuk kepada kesusasteraan adalah 'Adab' yang diterbitkan dari makna kesopanan, kebudayaan dan pengayaan.
Kesusasteraan Arab muncul pada abad ke-5 masihi dengan hanya perca bahasa bertulisan yang muncul sebelum itu. Kitab al-Quran dianggap sebagai karya kesusasteraan Arab yang terbaik sekali oleh dunia Arab. Ia memberikan kesan yang terbesar dalam jangka masa yang panjang ke atas kebudayaan Arab dan kesusasteraannya. Kesusasteraan Arab berkembang semasa Zaman Keemasan Islam namun ia masih lagi bersinar sehingga kini dengan kegiatan penyair dan penulis prosa dari seluruh dunia Arab selain daripada diaspora Arab di luar negara yang turut menghasilkan penulisan dalam bahasa Arab.
- Sejarah Kesusasteraan Arab
- Kesusasteraan Arab Klasik
- Wanita dalam Kesusasteraan Arab
- Kritikan Kesusasteraan Arab
- Pandangan Dunia Luar terhadap Kesusasteraan Arab