Kategori ini meliputi semua aspek berkaitan antara Israel dan bangsa Arab di sekelilingnya. Selepas Perang Dunia II, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberikan mandat kepada penubuhan negara Israel bagi orang Yahudi supaya mereka dapat "hidup aman damai". Kawasan Israel ini meliputi Jerusalem termasuklah Baitulmaqdis Timur yang didiami oleh orang Arab Palestin yang menganuti agama Islam. Pihak Palestin mempercayai bahawa mereka perlu diberikan kuasa ke atas kawasan Baitulmaqdis Timur sebagai prasyarat kepada sebarang proses perdamaian.
Sejak penubuhan negara Israel, perbalahan tercetus antara penduduk Israel yang menuntut hak untuk terus wujud sebagai bangsa dengan negara berdaulat di Timur Tengah serta tinggal di kawasan yang didakwa sebagai tanah pusaka mereka manakala orang Arab Palestin menuntut supaya tanah air mereka dikembalikan dan menuntut kerugian daripada kemusnahan yang disebabkan oleh pendudukan rejim Israel ke atas tanah mereka.
Gambar hiasan di atas berasal dari sumber rencana berita Arab News yang berjudul, "How prepared is the Middle East if Israel-Hamas war escalates into a regional conflict" oleh Nadia al-Faour diterbitkan pada 23 Oktober 2023.
