Jumaat, 5 September 2014

Orang Beriman yang Dilupakan


Pengikut Isa al-Masih sejak hampir 2,000 tahun yang lalu yang merupakan penduduk asal Kristian pada hari ini mula menghilang dari tanah air di mana iman mereka itu lahir.
 
Hari Easter di Jerusalem bukanlah untuk mereka yang cepat melatah. Kota Lama, meriah pada masa yang sama kelam-kabut menjelang hari cuti keagamaan tersebut. Berpuluh ribu penganut agama Kristian dari seluruh dunia membanjiri Kota Lama. Mereka kelihatan muncul dari lorong-lorong Via Dolorosa dan laluan purba, mungkin cuba merasai penderitaan al-Masih ketika saat terakhir baginda di celah-celah batu dan kilauan cahaya yang menyinari batu-batu tersebut. Kepala manusia kelihatan terapung-apung di lorong-lorong. Pelbagai warna rambut, kulit dan warna mata boleh dilihat di situ. Mereka yang datang dari Afrika, Finland dan Amerika masing-masing bersemangat seolah-olah berlaku Armageddon.
 
Teks Asal
  • Don Belt, The Forgotten Faithful, National Geographic Magazine, June 2009 (Online)