Jumaat, 5 September 2014

Misteri Wanita dalam Tamadun Mesir Purba


 
 
Joann Fletcher, seorang sejarawan menjelajahi peranan wanita yang tidak didedahkan dalam pentadbiran negara serta dalam pembentukan pelbagai aspek kehidupan di Tamadun Mesir Purba. Kemungkinannya, penduduk Mesir Purba mempunyai sikap dan pandangan yang khusus dalam kesetaraan jantina dengan wanita turut memegang gelaran "Firaun" tidak kurang daripada 18 kali. Selain daripada itu, terdapat juga tabib wanita, guru, perdana menteri dan juga pemuka agama wanita. Dalam masukan ini, wanita diberikan tumpuan yang khusus apabila sejarawan ini membawa orang ramai menerokai peranan wanita bangsawan seperti Firaun Hatshepsut dan Permaisuri Nefertari serta wanita-wanita yang memegang jawatan tinggi dalam Tamadun Mesir Purba seperti Puan Peseshet, tabib wanita terawal yang dikenali di dunia. Dalam siri ini, Joann mendedahkan kesaksamaan jantina yang tidak pernah dibayangkan oleh orang ramai pernah wujud dalam satu tamadun purba.
 
Rujukan Arkib Audio-Visual