Selepas Proses Pengadilan

Kelahiran Semula

Banyak sekali cara orang Mesir memastikan bahawa mereka selamat di alam akhirat. Kebanyakan tindakan yang diambil oleh mereka selepas kematian itu adalah untuk mempengaruhi keputusan dewa mereka dalam membolehkan mereka melepasi alam lain.

Selepas pengadilan, roh-roh tersebut difikirkan kembali ke janin Ibu Pertiwi. Dalam tahap ini, roh akan bertemu dengan tubuhnya sebelum itu yang dikembalikan. Hal ini ditonjolkan dalam Kitab Kematian dalam satu siri bacaan seperti berikut, "Aku satukan kembali anggota tubuhmu, kamu dilepaskan bersama-sama, aku balutkan kamu dengan daging, aku keringkan cecair yang mereputkan tubuhmu, aku sapu habis tali ikat kafanmu, aku seka air matamu, aku sembuhkan segala anggota tubuhmu, yang setiapnya itu aku satukan dengan yang lain. Aku kelilingkan kamu dengan kerja dewi penenun, aku sempurnakanmu dan membentukmu sebagai Re!"

Kepercayaan ini berterusan tatkala mereka yang bertelanjang itu mendekati dewi dan memasuki janinnya sebagai anaknya. Dogma ini didakwa sangat berkaitan dengan kelahiran dewa Ra yang memasuki janin dewi pada setiap malam dan lahir semula sebagai matahari yang terbit setiap hari. Perkaitan dewa Ra dengan kehidupan dan kematian ini turut dihubungkan dengan komponen keagamaan yang mengaitkannya dengan terbit dan tenggelamnya matahari. Akhirnya, keabadian yang diingini oleh masyarakat Mesir purba itu dicerminkan sebagai kehidupan yang tidak pernah berpenghujung. Apabila mereka menjalankan amal ibadat yang berbaloi semasa kehidupan kini, maka mereka pun akan menerima kehidupan kedua yang akan abadi selamanya.

Jantina

Menurut Katherine M. Cooney, pakar Egiptologi, wanita Mesir purba dipaksa untuk mendefinisikan semula jantina mereka dengan mengambil lebih banyak ciri kelelakian. Dewa Osiris yang menjadi pemerintah tertinggi di alam bawah dipuji oleh semua kerana kewibawaannya hasil dari kelelakiannya. Selain itu, tema keseluruhan yang dikaitkan dengan dewa-dewa mengaitkan ciri kelelakian mereka dengan kebangkitan semula dan dewi-dewi pula bersifat lebih cermat.

Ideologi ini diilhamkan dari doktrin asal yang menunjukkan bahawa pencipta keseluruhannya adalah lelaki. Patung berhala dan rupa-rupa lain yang dipaparkan juga menunjukkan ciri-ciri pencipta yang bersifat lelaki. Lebih khusus lagi menunjukkan zakar yang tegang. Oleh itu, untuk menyenangkan dewa mereka maka kubur wanita dan keranda mereka pun turut diberikan ciri lelaki.

Contoh modifikasi lelaki ini termasuklah kombinasi nama iaitu wanita akan memahatkan nama "Osiris" sebelum nama mereka sendiri di keranda mereka. Hal ini menunjukkan kerjasama antara wanita dengan seorang dewa yang mampu menyebabkan kelahiran semula kerana jantina wanita itu sendiri membataskannya jika dia tidak bekerjasama dengan dewa. Paparan perubahan jantina ini adalah merupakan salah satu cara orang ramai pada zaman moden mengenalpasti buah fikiran mengenai kelahiran semula selepas kematian dalam amalan orang Mesir purba.

Sekhet-Aaru

Sekhet-Aaru bermaksud 'Padang Rumput Nil' merupakan destinasi terakhir bagi semua roh yang diberikan kurbia kelahiran semula. Konsep ini berevolusi semasa Dinasti Kelima. Sekhet-Aaru ini difikirkan sebagai syurga dan dibayangkan sebagai kawasan hijau yang luas, dipenuhi dengan air terjun serta keajaiban alam semulajadi yang lain. Imej-imej orang Mesir seperti Papyrus Nebseni memaparkan mengenai benua yang terbahagi kepada beberapa bahagian. Setiap bahagian itu menyerupai pulau maka perahu sangat diperlukan untuk mengembara di situ.

Mereka yang dikurniakan laluan ke 'Padang Rumput Nil' itu termasuklah dewata dan roh orang yang berjiwa murni. Kesuburan tanah tersebut ditekankan dengan hebat sekali kerana ia merangkumkan dua ganjaran bagi mereka yang mencapai keabadian iaitu laluan ke Sungai Nil dan kemampuan untuk mencapai keselamatan makanan. Hasilnya, si mati makan dan minum makanan yang sama disantap dan dijamah oleh para dewa. Selanjutnya, hal ini mengembangkan lagi kepercayaan mengenai pencapaian keabadian dan manusia pun mengumpulkan aspek yang menyerupai dewa-dewa. Akhir sekali, kehormatan tinggal di Sekhet-Aaru ini adalah mereka di situ boleh berhubung dengan sesama sendiri. Mereka boleh menyampaikan fikiran mereka kepada sesama sendiri, dewata dan mereka yang telah meninggalkan mereka sebelum itu.