Perang Saudara

Tidak lama sebelum berakhirnya zaman mandat, Haganah, organisasi separa ketenteraan Zionis melancarkan serangan yang mana mereka berjaya mengawal banyak rantau yang diperuntukkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Rantau ini kemudian diserap ke dalam negara Yahudi lalu ia dibanjiri oleh pelarian Yahudi. Selain itu, mereka menawan pekan-pekan seperti Tiberias, Haifa, Safad, Beisan dan juga Jaffa.

Sebelum itu pada tahun 1948, United Kingdom mengumumkan niatnya yang teguh untuk memansuhkan mandatnya di Palestin pada 14 Mei. Truman, Presiden Amerika Syarikat (AS) dalam maklum balasnya dan kenyataan pada 25 Mac 1948 mencadangkan amanah PBB berbanding pemisahan. Beliau menyatakan:

"unfortunately, it has become clear that the partition plan cannot be carried out at this time by peaceful means. [...] unless emergency action is taken, there will be no public authority in Palestine on that date capable of preserving law and order. Violence and bloodshed will descend upon the Holy Land. Large-scale fighting among the people of that country will be the inevitable result.

Maksudnya, "malang sekali, nampak jelas bahawa rancangan pemisahan ini tidak boleh dilaksanakan dengan cara yang aman pada ketika ini. [...] kecuali tindakan kecemasan diambil, tiada pihak berkuasa awam di Palestin yang ketika itu mampu memelihara undang-undang dan keamanan. Keganasan dan pertumpahan darah akan berlaku di tanah suci. Pergaduhan besar-besaran dalam kalangan penduduk di negara itu akan menjadi kesan yang tidak dapat dielakkan."

Kenyataan Truman ini boleh dirujuk dalam "United States Proposal for Temporary United Nations Trusteeship for Palestine Source: Department of State Bulletin" dalam lama sesawang Mideastweb.