Prakata

Untuk stok-stok yang gedik nak berpersatuan Islam, bakat terpimpin kononnya sambil jeling-jeluat orang sebab tidak join the club. Mahupun stok-stok Tabligh gedik nak jadi wali keramat, disiplin-disiplin apa sekalipun bermula dengan yang asas-asas. 

Tidak perlu juga nak guna jargon-jargon bombastik semata-mata hendak nampak berbeza daripada orang lain, nak impress orang atau kelihatan pandai depan "orang" ramai. Manusia ini asalnya dari tanah yang bila sudah mati nanti, baunya sebelum terurai ke unsur-unsur alam mengalahkan letusan nuklear lagi. Semua benda di dunia nan fana ini pun nanti akan pergi juga.

Tabligh, Sufi Ba'alawi atau Mahasiswa Islam, semua pun tiada masalah. Buatlah amal ikhlas demi Allah Ta'ala. Bukan beramal sambil hidung kemik itu terkembang kempis sambil menahan bangga di hati dengan harakat, tarekat, sebab sudah naik menjadi taraf wali keramat selepas mencium tapak kaki syeikh hebat-hebat, sebab tahu hadis saheh so boleh beramal sambil chop orang lain bidaah ke hulu ke hilir; kita saja yang betul dan sebab persatuan yang menonjolkan ciri-ciri ilmuan cemerlang dunia dan akhirat walaupun yang di dunia itu yang lebih bergema. Perangkap-perangkap syaitan itu, haruslah kita awasi.

Firman Allah Ta'ala bermaksud, "Katakanlah wahai Tuhan beri keterangan pada dadaku ini serta permudahlah urusan aku serta rungkaikanlah kekusutan daripada lidahku semoga boleh difahami perbicaraanku ini". - Ta Ha 20: 25-28