Perlaksanaan Dakwah

Garis panduannya boleh dilihat dalam kitab suci al-Quran sendiri, firman-Nya:
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)" - Surah al-Aḥzāb 33:21.
Seterusnya, bolehlah dihubungkan dan dipadankan dengan garis panduan dari nabi Muhammad s.a.w. bagi membentuk pergerakan dakwah:
  • Perancangan, menerusi rencana Allah Ta'ala.
  • Pentadbiran, nabi Muhammad s.a.w diberikan ruang dan kesempatan untuk menyusunnya sendiri.
Perancangan

Menurut sīrah, boleh dibahagikan kepada dua zaman atau tahap:

Peringkat Pra-Hijrah
  • Dakwah secara sulit dengan orang-orang terdekat seperti kaum keluarga sendiri.
  • Dakwah secara umum kepada ahli masyarakat.
  • Berhijrah untuk menyelamatkan ajaran Islam jika tidak diterima.
Untuk berhijrah, terdapat dua jenis tempat untuk ditujui iaitu:
  • Negara ditadbir dan dihuni oleh orang bukan Islam yang tidak memusuhi kita.
  • Negara yang penduduknya mudah dibentuk mengikut acuan kitab suci dan sunnah.
Cara penyampaian dakwah peringkat awal boleh dibuat secara bersyarah, berceramah, berbincang dan bukan berdebat, menanggapi sesuatu isu dengan berhati-hati dan sabar, serta mematuhi perintah Allah Ta'ala ketika berdakwah seperti firman-Nya, "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk" - Surah an-Nal 16:125.

Peringkat Pasca-Hijrah
  • Membangunkan pusat dakwah, contoh terbaik adalah Masjid an-Nabawi.
  • Mempersaudarakan yang berhijrah (muhajirin) dengan penduduk tempatan (ansar) yang membantu.
  • Menyatupadukan penduduk Muslim di situ.
  • Merancang serta menyusun pertahanan dan keselamatan masyarakat.
  • Merancang dan menyusun ekonomi.
  • Merancang dan menyusun masyarat Muslim.
Cara penyampaian dakwah mesti dijalankan dengan garis panduan wahyu, meminta pandangan dan berbincang dengan ahl ra'yu (pemikir atau penyusun dasar dakwah), bertanya pandangan mereka yang ahli, berpengalaman dan pakar. Bukan syok sendiri, mencari gaduh dan menyondol seperti segerombolan sungkur (khinzir) yang buta perut.

Bentuk Pentadbiran Pergerakan Dakwah

Sila klik sini untuk melihat contoh yang disaring dari sīrah pergerakan dakwah nabi Muhammad s.a.w di Madinah, bandar bercahaya.