Dakwah maksud asalnya adalah seruan manakala orang yang berdakwah itu dikenali sebagai da'ie. Banyak jenis penyeru lah ke arah jalan yang diredhai Allah. Aku tak mau cakap pasal jenis pendakwah dalam kalangan manusia lagi. Yang ini cuma yang umumnya sahaja.
1. Allah Ta'ala
Dia berseru sendiri kepada bangsa manusia supaya beriman dengan-Nya dan beramal saleh, bertakwa, meninggalkan larangan, mewujudkan perdamaian dan kesejahteraan kepada manusia.
2. Para Rasul dan Nabi
Rasul atau pun utusan Allah Ta'ala yang terakhir itu, Muhammad s.a.w. Baginda menyampaikan seruan Allah Ta'ala kepada bangsa manusia dan juga bangsa lain seperti bangsa jin.
Baginda menjelaskan, menerangkan, menafsirkan dan memperincikan seruan dari Allah Ta'ala melalui perantaraan malaikat Jibril a.s dan juga wahyu.
Penting sekali, baginda rasulullah s.a.w menunjukkan tauladan tentang bagaimana caranya untuk beramal dengan seruan Allah Ta'ala.
3. Muslim
Setiap orang Muslim itu adalah pendakwah, menurut kepada keadaan, kemampuan dan keupayaannya. Satu ayat dari kitab suci yang diketahui pun wajiblah disampaikan kepada bangsa manusia dan makhluk yang lain yang boleh memahami.
Rujukan Dakwah
Dakwah dijalankan dengan dua punca rujukan asas:
1. Dakwah Allah Ta'ala sendiri melalui wahyu yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w dan dikumpulkan dalam bentuk ikatan kitab suci al-Quran.
2. Dakwah Muhammad s.a.w dikumpulkan dalam kajian sunan oleh umat Islam dari zaman pengikut, pengikut kepada pengikut, orang salaf saleh yang mendahului kita dan lain-lain.
Al-Quran adalah asas rujukan kepada setiap dakwah Islamiah. Setiap dakwah yang dijalankan tanpa panduan asas al-Quran tidak layak disebut sebagai dakwah.
Bagi sunnah, kitab-kitab kumpulan sunnah sebenarnya bergantung kepada gerakan dan aliran. Berkaitan dengan sunnah pula, bagi aku.
Aku peribadinya tidak berminat masuk memihak ke mana-mana bahagian. Lantaklah jika nak bercakap menggunakan bahasa Parsi, bahasa Arab atau bercakap bahasa Urdu. Setakat bercakap bahasa orang berkulit cerah sahaja tapi kalau Allah Ta'ala benci kita pun apa gunanya?
Hendak belajar sebarang bahasa pun, belajar betul-betul sahajalah. Tidak ada masalah besar pun, cuma cemuih dengar orang bercakap menggunakan perkataan pelik-pelik dalam bahasa Melayu. Yang mana yang selaras dengan nas al-Quran, Syariah dan Sunnah asas zaman Madinah dan zaman Mekah maka yang itu aku guna pakai. Kita memihak dengan Allah Ta'ala sahaja sebagai Mawla kita.
Kegunaan al-Quran
1. Materi atau Pengisian Dakwah
Yang ini aku gunakan dulu pada diri aku. Kalau aku tak perbuat dan aku pergi dakwah pada orang, makanya akan jadi cakap tak serupa bikin, apa betul?
2. Kaedah Dakwah
Dalam kitab suci al-Quran sahaja sebenarnya sudah digariskan tentang kaedah-kaedah dakwah. Jadi, amat perlunya seorang da'ie atau pendakwah yang bertindak menjadikan dakwah sebagai jalan hidupnya itu dengan menghafal kitab suci al-Quran semampu mungkin.
Bila sudah hafal makanya, kitab itu akan "memancar" dari dirinya. Aku percaya, orang yang "memancar" Quran dari dirinya sebenarnya adalah seorang yang disukai ramai sebab Allah Ta'ala suka dia dan dia pun tiada bercakap sesuka hatinya.
3. Jalan Mewujudkan Perdamaian
Kitab suci al-Quran adalah jalan mewujudkan salam dan perdamaian dalam dunia dan menuju ke akhirat menurut kepada fitrah pertengahan manusia.