Gerakan dakwah pada era ini "bermula semula" dengan nabi Muhammad s.a.w. Baginda menyebarkan dakwah kepada umum bermula pada awal abad ke-7 masehi. Tugasan baginda nabi Muhammad s.a.w ada dinyatakan oleh Allah Ta'ala dalam al-Quran ayat ke-45 sehingga ayat ke-46 Surah al-Ahzab bermaksud:
Wahai nabi! Sesungguhnya Kami mengutuskan kamu supaya menjadi saksi, pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan 45 Dan untuk menjadi penyeru kepada Tuhan dengan izin-Nya sebagai cahaya yang menerangi 46
Nabi Muhammad s.a.w nanti menjadi saksi ke atas umat manusia dengan seruan yang disampaikan kepada mereka.
Baginda nabi s.a.w juga menjadi pembawa berita gembira bagi orang-orang beriman bahwasanya ada ganjarannya di atas kesabaran dan keimanan mereka.
Nabi Muhammad s.a.w juga menjadi pemberi peringatan supaya kembali ke pangkuan-Nya bagi yang terlupa dan bahawasanya ada kepahitan di sebalik kelalaian mereka itu nanti.
Baginda juga menjadi penyeru yakni, pendakwah kepada masyarakat sekaligus menjadi cahaya hidayah yang membantu manusia menuju ke arah jalan keselamatan dan keamanan.
Perkara-perkara yang dinyatakan oleh Allah Ta'ala ini adalah contoh kepada pergerakan dakwah oleh masyarakat Islam hari ini.

Yang menyebarkan dakwah juga berbuat seperti nabi Muhammad s.a.w dalam seruan mereka. Yang melencong darinya pun banyaklah juga walaupun mereka mendakwa bahawa mereka berbuat perkara yang sama.