Orang Arab badwi diperkenal kepada amalan upacara-upacara orang Arab Mekah kerana mereka sering masuk ke kota-kota di Hijaz dalam empat bulan "gencatan senjata suci" yang tiga bulan awalnya ditujukan untuk amalan-amalan agama dan satu bulan selebihnya itu untuk perdagangan.
Menurut inferens Alan Jones, dari penelitian terhadap puisi-puisi orang Arab badwi, dewata malahan Allah tidak begitu berperanan dalam kehidupan mereka berbanding dengan takdir. Mereka tidak percaya sangat dengan upacara atau haji sebagai cara untuk memperbaiki takdir atau nasib. Mereka lebih suka mencari tukang tenung atau kahin-kahin untuk mengelakkan takdir buruk.
Orang Arab badwi menganggap setengah pokok, telaga, gua-gua dan batu-batu sebagai suci atau mungkin sebagai pujaan atau cara untuk mencapai alam kayangan. Mereka akan membina sanggraha atau tempat suci supaya orang ramai boleh menjalankan pemujaan di situ.
Orang Arab badwi juga mempunyai adat-adat kehormatan yang menurut Fazlur Rahman Malik, boleh dianggap sebagai tatasusila keagamaan mereka. Hal ini termasuklah perkara-perkara seperti:
- wanita
- keberanian
- keramahtamahan
- menepati janji
- dendam
Mereka mempercayai bahawa hantu atau setan orang yang terbunuh akan menangis dari dalam kubur sehingga hutang darah mereka dibayar semula. Amalan pembunuhan gadis-gadis juga dianggap sebagai amalan agama.
Sebutan-sebutan dalam al-Quran mengenai jin-jin dan kesaksian dari sastera-sastera Islam serta zaman sebelumnya menunjukkan bahawa kepercayaan kepada roh-roh ini terkenal sekali dalam agama orang Arab badwi sebelum zaman kebangkitan nabi Muhammad s.a.w. Namun, terdapat juga bukti bahawa perkataan jin itu diterbitkan dari bahasa Aramia yang digunakan oleh orang Nasrani untuk merujuk kepada dewa-dewa musyrik yang jatuh tarafnya menjadi setan serta kemudiannya diperkenal ke dalam penglipurlara Arab lewat zaman sebelum kebangkitan nabi Muhammad s.a.w. Julius Wellhausen menerusi pemerhatiannya menyatakan bahawa roh-roh tersebut difikirkan tinggal di tempat-tempat gelap, sunyi jauh dari manusia dan kurang ceria. Dikatakan bahawa roh-roh ini ditakuto dan seseorang perlu melindungi diri mereka daripada mereka. Namun, mereka ini bukanlah bahan pujaan dalam kultus tertentu.
Pengalaman agama orang Arab badwi turut memasukkan amalan-amalan pemujaan nenek moyang yang asli. Si mati tidaklah dianggap sebagai berkuasa, namun dianggap sebagai kurang perlindungan diri dan memerlukan pahala kebajikan dari orang yang hidup untuk membantu kelangsungan kewajiban masyarakat mereka semasa mereka berada dalam kubur. Hanya wira-wira tertentu dari puak yang menggunakan namanya sahaja dijadikan sebagai tumpuan pujaan.
Kepercayaan ini samalah seperti kepercayaan yang dilihat di tamadun Indus dan tamadun China di sebelah timur dunia.